Wednesday, November 21, 2012

My first MAKE UP job

This is my first job as Mak Andam/Makeup Artist.. My bestfriend engagement..Kulit muka my fren ni sagat licin, tak ade jerawat langsung! So, tiada banyak masalah untuk tutup parut jerawat and so on =)) TQ very much to Jana sebab memberi kepercayaan kepada saya untuk make up dia di hari bahagia nya ...
Date: 18 Nov 2012
Location: Teluk Intan, Perak
BEFORE MAKE UP
AFTER MAKEUP
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan make up drp saya, boleh la terus menghubungi saya dengan nombor telefon seperti di atas ok..=) Harga boleh dirunding, mengikut tempat. Untuk luar kawasan Teluk Intan, caj tambahan sebanyak RM 30 dikenakan..

Tuesday, November 20, 2012

Zikir Murah Rezeki Dari Imam Ghazali.

Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeda sebanyak 1000 kali.
Hari Isnin baca, "Lahaula walaa quwwata illaa billahil 'aliyyil 'adhiim", ertinya "Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar"
Hari Selasa baca "Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim", ertinya "Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan."
Hari Rabu baca "Astaghfirullahal adhiim", ertinya "Aku meminta ampun kepada Tuhan yang Maha Besar".
Hari Khamis baca "Subhaanallahil 'aliyyil 'adhimi wabihamdihi", ertinya "Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Besar."
Hari Jumaat baca "Ya Allah"
Hari Sabtu baca "Laailaaha illallaah", ertinya "Tiada Tuhan selain Allah."
Hari Ahad baca "Ya hayyu Ya Qayyuum", ertinya "Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri."
Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
No comments:
Newer Posts Home